Selamat Datang ke blog StorylinE.com

Gudang Inspirasi Maklumat Terkini

Tuesday 4 September 2012

Cerita Hari Raya bersama StorylinE.com…..




Admin bersama isteri tercinta dan anak2 tersayang......

Ramadhan berlalu…kini syawal pula menjelma….. tanggal tarikh 19 Ogos 2012 bersamaan dgn 1 syawal 1433 hijriah, maka bermulalah hari yg dinanti-nantikan…hari sambutan perayaan dimana seluruh umat islam telah  berjaya menunaikan kewajipan rukun islam ketiga iaitu berpuasa selama sebulan…

Semua umat islam akan bergembira bersama keluarga tercinta dan sahabat handai disamping bermaaf-maafan di antara satu sama lain… kanak-kanak juga turut serta dan secara tidak langsung mereka akan menjadikan hari tersebut lebih meriah dengan gelak tawa dan bergurau senda sesama keluarga tersayang….




Anak sulung admin...... Ahmad
si bongsu yg comel.... Muhammad



Sanak saudara, rakan-taulan, jiran tetangga juga saling ziarah menziarahi di antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturrahimmm… bak kata pepatah yg jauh didekat-dekatkan…yg dekat dirapat-rapatkan dan yg rapat disatu-satukan… lg pun setahun sekali jer nak jumpa pun….


rasa mcm nk geget2 jaaa pipi Muhammad......

Akhir kata dr admin StorylinE.com, ingin mengambil kesempatan di bulan syawal yg mulia ini untuk mengucapkan   

Admin & the geng

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin

1 comment: